Sejarah Sekolah

PENGENALAN

SEKOLAH MELAYU BANGI telah didirikan atas daya usaha masyarakat kampung-kampung yang berhampiran seperti Kampung Bangi, Kampung Masjid, dan Kampung Sungai Buah, Atas kesedaran dan masalah persekolahan anak-anak yang terpaksa bersekolah di Kajang dan Semenyih, maka atas dasar gotong-royong dan bantuan kerajaan masa itu Sekolah Melayu Bangi pun diwujudkan dan mula digunakan pada tanggal 13.9.1924.


Foto Menunjukkan Lakaran Bangunan Asal Sk Bangi (waktu itu dikenali Sekolah Melayu Bangi),



NAMA BANGI


Menurut cerita nama Bangi diambil sempena nama Tok Batin Orang Asli yang ada di sini suatu ketika dahulu. Murid pertamanya ialah Tuan Haji Abbas bin Haji Mohamad. Beliau berasal dari Kampung Bangi. Pada awal pembukaannya sekolah ini hanya mempunyai 24 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Namun hingga ke hari ini sudah mencecah 8080 orang murid yang mendaftar di sekolah ini. Kini umurnya mencecah 82 tahun.

JUMLAH MURID


Jumlah Murid-murid pada permulaan sekolah dibuka pada 13.9.1924 terdiri daripada 24 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Murid yang pertama dikenali dengan nama Haji Abbas. Murid yang masuk bersekolah pada tahun 1925 seramai 95 orang , lelaki 86 dan perempuan 9 orang. Jumlah murid yang bersekolah pada Mei 1985 seramai 334 orang, terdiri daripada lelaki 173 orang dan perempuan 161 orang. Jumlah Murid Melayu 291 orang, lelaki 150, perempuan 141 orang, Jumlah murid India 39 orang, lelaki 20 orang dan perempuan 19 orang. Jumlah orang Asli 4 orang, lelaki 3 dan perempuan 1 orang. Jumlah Murid 2 yg telah bersekolah di sekolah ini sejak dibuka 1924 hingga 1.1.1985 mengikut nombor ialah 2,851 orang.Jumlah hingga ke hari ini (2005) ialah seramai 8080 orang.


PERKAMPUNGAN TEMPAT TINGGAL MURID YANG BERSEKOLAH DI SINI

a) Sebelum Merdeka
1.Kampung Bangi
2.Kampung Masjid Bangi
3.Pekan bangi
4.Kampung Batu Tiga
5.Kampung Batu Lima
6.Kampung Rinching Hilir
7.Kampung Sungai Kembung Hilir
8.Kampung Sungai Kembung Hulu
9.Kampung Batu 24
10. Kampung Sungai Buah
11.Kampung Jenderam Hilir
12.Kampung Sungai Merab
13.Kampung Teras Jernang
14.Kampung Sungai Tangkas.

b) Setelah Merdeka
1.Kampung Bangi
2.Kampung Masjid Bangi
3.Pekan Bangi
4.Rumah PKNS, Batu 6
5.Kampung Bahagia
6.Kampung Sungai Buah
7.Kampung Batu Tiga
8.Kampung Teras Jernang
9. Kampung Sungai Tangkas
10. Taman Manickam
11. Kampung Batu Lima
12. Ladang Bukit Tunggul
13. Kampung Batu 20
14. Kampung Orang Asli



BERITA MURID LAMA


Mengikut sumber-sumber yang di boleh dipercayai, murid-murid tua dari sekolah ini ramai juga yang memegang jawatan Kerajaan, Swasta dan bekerja sendiri. Murid tua yang ramai bekerja di Jabatan Kerajaan ialah dalam bidang Perguruan dan jabatan lain ialah Kastam, Imigresen, Polis, Tentera, Kerani , Forest dan lain-lain. Ada diantaranya berjawatan penting, seperti Pengarah Pelajaran Negeri, Pengarah Hutan Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah, Guru Besar, ASP, Mejor dan Ahli Perniagaan yang berjaya, Pengarah Penerangan, Pensyarah. Boleh dikatakan ramai murid tua dari sekolah ini yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Sebahagian yang berjawatan tinggi seperti ;


En. Mohd Rashid bin Hj.Mohd Nor
En. Ab.Latif bin Nordin
En. Ab.Wahab bin Ali
En. Ab.Latif bin Ali
En. Yaakub bin Hj, Yusuf
En. Ab. Rahman bin Hussain
En. Turmuti bin Selamat
En. Rafeah bt. Hj. Aminuddin
En. Ab. Salam bin Hj. Yusof
En. Ab. Jalil bin Mohd Arif.
En. Bakri bin Haji Khalid.


Murid yang pernah bertugas di SK Bangi

1. Sulaiman bin Mohd Yusof 16.2.47
2. Zainab bt. Salim 1.2.48
3. Rokani bin Haji Kasan 10.3.49
4. Othman bin Ali 16.4.50
5. Raijah bt Hj. Jamil 16.4.50
6. Nasir bin Saidi 1.1.51
7. Ridzwan bin Hj. Idris 29.6.52
8. Siti Rawani b. Hj. Mohd Nor 3.8.53
9.Cik Nor Azian bt Abd Ghani 0.0.2006
10.Ghafar bin Jamaludin 6.1.54
11.Dahlan bin Hj. Siraj 4.1.54
12.Darus bin A.Malek 8.4.54
13.Rosnah binti Ismail 15.2.56
14. Idrus bin Sidek 3.9.56
15.Halijah binti Husin 27.3.57
16.Hj.Mohamad b. Hj.Mohd Nor 1.3.60
17. Ismail bin Hj. Sali 1.1.85

Murid tua (mantan murid) yang pernah bertugas menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Bangi.

1. En.Ismail bin Hj. Sali PJK.

Mulai bertugas pada 1 hb. Januari 1985 sebagai Guru Besar ke 13.


NAMA MANTAN GURU BESAR dan TAHUN PERKHIDMATAN

Tn Hj. Md. Sidin b. Ab.Wahid 13.9.1924 - 31.12.1927
Encik Mohd Jushin 01.01 1928 – 01.04.1929
Encik Mohd Saad b. Sumat 02.04.1929 –31.8.1946
Encik Awin bin Yahya 01.09.1946 - 30.6.1953
Encik Ab.Latif b. Ab.Kadir 05.07.1953 - 15.6.1954
Encik Zainal bin Mahmud 16.06.1954 -21.12.1959
Encik Nordin bin Badu 10.01.1960 - 31.12.1960
Encik Mohd Sari bin Zaid 02.01.1961 - 31.12.1962
Tuan Haji Abdul Rahman 01.01.1963 – 07.09.1969
Encik Abd Rahim bin Tajudin 01.01.1970 – 21.04.1974
Encik Ab.Wahab b. Sinan 22.04.1974 – 30.06.1982
Tuan Haji Idris bin Hj. Ali 01.07.1982 – 12.12.1984
Encik Ismail b. Hj. Sali, PJK,PK 01.01.1985 – 30. 9.1987
En.Khalid b. Sadeh 01.10.1987 – 16.05.1994
Encik Muhammad b. Awang 01.07.1994 – 27.12.2002
Puan Zakiah bt.Haji Idris 28.12.2002 Oktober 2011
Puan Siti Zaharah bt Mohd Mukhtar,PJK



Melihat pada sejarah lalu, semua guru besar sebelum ini adalah terdiri dari kaum lelaki, namun lain pula Guru Besar yang terakhir ini ialah seorang perempuan. Kebetulan ayah beliau juga pernah berkhidmat di sekolah sebagai Guru Besar yang ke 12. Dalam pada itu, pihak sekolah turut merasa bangga, ini kerana gabungan AJK PIBG amat berantusias untuk membantu perkembangan pelajaran di sekolah ini.

Sekalipun sekolah ini berada dalam kategori sekolah luar bandar, namun telah ramai bekas muridnya yang kini berjaya ini termasuklah Encik Firdaus dan Cik Nor Azian (pindah ke Sabah sebagai pensyarah) dan Pn. Rabitah (GPK 1). BAPA ANGKAT SEKOLAH Tuan Haji Yaakub bin Haji Yusuf dilahirkan di Kampung Bangi. Beliau sekarang berusia 70 tahun. Jawatan yang disandang sekarang ialah Nazir Masjid Bangi. Dilahirkan pada 17 September 1935 pernah belajar di Sekolah Kebangsaan Bangi pada tahun 1942 dan tamat pada tahun 1950 dengan mendapat Gred 1. Berkat rajin dan tekun belajar meneruskan pengajian disamping mengajar dibeberapa buah sekolah dan akhirnya mendapat kelulusan Akademik B.A (Hons) dari Universiti Malaya 1969.

Seterusnya mendapat Master Edu. dari Universiti Malaya pada tahun 1977. Beliau pernah mengikuti lawatan sambil belajar 21 ke Tokyo, Kiyota dan Shiba City pada tahun 1979. Menceritakan pengalaman ketika di sana beliau dan rombongan dapat melihat mesin photostat warna sudahpun wujud di Jepun ketika itu.


Hasil perkongsian hidup dengan isterinya Puan Rabiah binti Besu, mereka dikurniakan 6 orang cahaya mata. 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan.

Antara rakan lama yang pernah belajar bersama ialah Encik Abdul Ghafar bin Jamaluddin, 70 dan Allahyarham Osman bin Haji Rasyid. Sementara kawan lain yang sempat menjadi guru ialah En.Sulaiman dan Abd. Ghani.

Murid pada waktu itu hanya sekitar 280 hingga 300 orang. Rata-rata murid datangnya dari kampung Riching Hilir, Sungai Kembung Hulu, dan kawasan sekitar Bangi lama.