MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 44

JADUAL UJIAN SUMATIF 1

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ZON BANGI


PROGRAM EKSPLORASI SAINS


Tiada klip video lagi

PENYERAHAN BANTUAN UNIFORM SEKOLAH DAN WANG KEPADA MURID ASNAF, MISKIN & YATIM

Tiada klip video lagi

PERMOHONAN KEMASUKAN PRA SEKOLAH BAGI TAHUN 2019

https://eprasekolah.moe.gov.my/


KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA MSSD

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA MSSD

Mini Stadium Uniten (27 Feb - 1 Mac 2018)


PERKHEMAHAN GABUNGAN PERINGKAT NEGERI

PERKHEMAHAN GABUNGAN PERINGKAT NEGERI

Kem Sri Gambut, Tanjung Karang (27 Feb-1 Mac 2018)


MAKLUMAN UNTUK IBUBAPA/PENJAGA

Untuk makluman para ibu-bapa/penjaga yang menghantar dan mengambil anak-anak di SK Bangi, laluan di hadapan Sekolah adalah jalan sehala pada SEMUA KENDERAAN bermula di Jalan Besar ke Semenyih hinggalah ke Stesen Komuter pada waktu pagi (6.30 am - 7.45 am) tengah hari (12.30 pm - 1.30 pm) dan petang (6.00 pm - 7.00 pm) seperti yang tertera di papan tanda jalan masuk ke SK Bangi.


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-60 SK BANGI

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih yang tidak  terhingga kepada  barisan  pentadbir terutama Pn. Hjh Hasnah yang menjadi tulang belakang BOS serta  AJK PIBG yang sentiasa memberi sokongan. Terima kasih juga kepada guru-guru, ibu bapa dan semua yang teribat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan sukan tahunan pada tahun ini.

Tiada klip video lagi


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

🏆 *TEMASYA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BANGI ke 60*🏆

 

🏃🏼‍♂ Acara ibubapa dan pegawai.

 

🎁 Hadiah cabutan bertuah menanti anda.

 

🌡 Pemeriksaan kesihatan percuma oleh Poliklinik UKM seperti tekanan darah dan kandungan gula.

 

😍 *"Mini Karnival Gerai"* Sukan SK Bangi 2018.

 

🍩 Terdapat *26 gerai* jualan terdiri drpd pelbagai makanan, jualan kraftangan, tudung bawal preloved, booth rumah mampu milik dn pelbagai lagi...

 

🏹 Terdapat juga aktiviti memanah yg berlangsung ditapak perhimpunan..

🗓 25 Februari 2018 (Ahad)

⌚ 7.30 pagi 

 

😍 *Dijemput semua ibubapa dan seluruh Komuniti sekitar Putra Mahkota dan Pekan Bangi untuk memeriahkan acara*


PANDUAN KOD QR

www.skbangi.com

Kini pengunjung laman web SK BANGI boleh melayari laman web rasmi SK BANGI versi mudahalih menerusi telefon bimbit atau Smartphone mengunakan Kod QR SK BANGI. Penguna hanya perlu muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader, imbas Kod QR SK BANGI dengan mengunakan kamera smartphone. Secara automatik, anda akan melayari laman web SK BANGI versi mobile.

Kod QR adalah sejenis kod bar generasi kedua. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Penggunaan Kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alam mobile.

Penguna yang ingin mencuba QR dengan menggunakan komputer, sila ikut arahan seperti dibawah;
Aplikasi Dekstop QR Code Reader untuk mengimbas kod QR ini. Cara-cara nak menggunakan Dekstop QR Code :-

  1. Pastikan webcam anda berfungsi dengan sebaiknya dan install Adobe AIR terlebih dahulu.
  2. Muaturun dan install QReader.
  3. Scan-able QR SK BANGI Code yang tertera diatas.
  4. Pegang kod QR di depan webcam anda, dan pastikan Kod QR boleh dilihat untuk diimbas
  5. Sekiranya kod QR anda telah dikenal pasti, beep sound atau white bracket bertukar ke bracket merah, kod telah dibaca dan diimbas.

ACARA SUKANTARA


PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN


LATIHAN SUKAN

LATIHAN SUKAN 2018

6 & 8 Februari 2018


JADUAL LATIHAN SUKAN

JADUAL LATIHAN SUKAN 2018

Unit Sukan Bos Towards Excellence

JADUAL LATIHAN SUKAN


PROGRAM CAKNA WARIS TAHUN 6

PROGRAM CAKNA WARIS

3 Februari 2018

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK BANGUNAN 4BD

Majlis Pecah Tanah bagi Projek Bangunan 4BD akan diadakan pada hari Selasa, 30 Januari 2018 dan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Serdang, Dato Hj Fathil Bin Daud.


INFO UNIT SPBT

Untuk makluman ibubapa murid tahun 2 2018 SK Bangi, sebahagian lagi buku teks tahun 2 telah diedarkan kepada murid pada 15 Januari 2018 iaitu Isnin minggu lepas.

Senarai terkini buku teks yang telah diterima murid ialah:

1. Buku teks Pend Islam (Murid Islam)

2. Buku teks BM jilid 2

3. Buku teks Bahasa Arab

4. Buku teks PJK

5. Buku aktiviti Pend. Islam (Murid Islam)

6. Buku aktiviti Matematik

7. Buku aktiviti BM jilid 1

8. Buku aktiviti BM jilid 2

9. Buku aktiviti Sains

10. Cermat Tiba Selamat

11. Super Minds

12.  Buku teks BM jilid 1

13. Buku teks Sains

14. Buku teks Matematik jilid 1

15. Buku teks Matematik jilid 2

16. Buku teks Pend. Kesenian

17. Buku aktiviti Bahasa Arab

18. Pendidikan Moral (Murid Bukan Islam)

 

Senarai Buku teks yang masih belum diterima murid ialah;

1. Al Quran Al Karim bertajwid

Mohon semak buku teks anak tuan/puan berdasarkan senarai ini. Jika ada apa-apa masalah, sila hubungi guru kelas secepat mungkin atau guru SPBT; 0134226678 Cikgu Syukri.

Bagi pelajar baru daftar masuk ke SK Bangi 2018, diharapkan ibubapa boleh menghubungi sekolah lama anak tuan puan untuk mendapatkan buku teks tersebut.

Mohon maaf atas segala kesulitan.

Terima kasih atas kerjasama semua.

 


KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA 2018


KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD HULU LANGAT 2018

Tahniah diucapkan kepada adik Nor Eizman dan adik Nurul Izzah Najwa yang telah mendapat tempat ke-15 dan ke-20 dalam Kejohanan Merentas Desa MSSD Hulu Langat pada 25 Januari 2018.


KEJOHANAN SEPAK TAKRAW RENDAH MSSD HULU LANGAT 2018

Kejohanan Sepak Takraw Rendah akan diadakan pada 24 hingga 26 Januari 2018 bertempat di SMK Jasmin 2.  


LAWATAN KERJA MENTERI PENDIDIKAN

LAWATAN KERJA MENTERI PENDIDIKAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID

Isnin, 22 Januari 2018 bertempat di Dewan Warisan SK Bangi.

Kami warga SK Bangi mengalu-alukan kedatangan YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid pada hari Isnin, 22 Januari 2018 ini.


KEJOHANAN MERENTAS DESA SK BANGI 2018

Kejohanan Merentas Desa Peringkat sekolah telah diadakan pada hari Jumaat, 19 Januari 2018 bertempat di Pekan Bangi. Tahniah dan syabas kepada pemenang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan kejohanan pada tahun ini.  Lihat video di Buletin Sekolah.


LATIHAN MENGENAL TREK BAGI KEJOHANAN MERENTAS DESA

Latihan mengenal trek telah diadakan pada hari Rabu, 17 Januari 2018 bagi persediaan untuk Kejohanan Merentas Desa yang akan berlangsung pada hari Jumaat ini.


PROGRAM ADIK DAN INSAN KAJAI 2018

Program Adik dan Insan Kajai telah diadakan bertempat di Dewan Warisan pada hari Rabu, 17 Januari 2018. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pelajar UKM Bangi.


GOTONG-ROYONG PRA SEKOLAH

GOTONG-ROYONG PRA SEKOLAH

Gotong-royong telah diadakan pada hari Sabtu, 13 Januari 2018 dan turut disertai oleh YDP PIBG SK Bangi, Dr. Ridzwan Bin Yaakub.


MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA DAN PENYERAHAN WATIKAH

Majlis berlangsung pada 12 Januari 2018 di Dewan Warisan dan disempurnakan  oleh Guru Besar SK Bangi, Puan Hasnah Binti Md Isa.


LAWATAN KERJA OLEH TIMBALAN PENGARAH JPN SELANGOR

SK Bangi telah menerima kunjungan dari Tuan Shashim Shah Bin Harun, Timbalan Pengarah JPN Selangor pada hari Khamis, 4 Januari 2018.


LAWATAN KERJA OLEH TUAN HAJI MAT JAH BIN ROSLAN

Pada hari Rabu, 3 Januari 2018, SK Bangi telah menerima lawatan daripada Pegawai Pendidikan Daerah PPD Hulu Langat, Tuan Haji Mat Jah bin Roslan.


MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2018

MAJLIS  PENUTUP PROGRAM MINGGU TRANSISI MURID TAHUN SATU 2018


SELAMAT DATANG KE SK BANGI

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BAGI SESI 2018 : SELAMAT DATANG KE SK BANGI